Tuesday, March 23, 2010

Langkahku dimulakan...

Terdetik kian lama untuk menceburkan
diri dalam penulisan.Maka langkahku dimulakan.Catatan sebagai tanda ingatan, perkongsian maklumat juga cara meluahkan isi hati..Jika dikaji tamadun silam, para penyair menggunakan syair sebagai salah satu cara yang sangat kreatif dalan mencatat perjalanan tamadun mereka juga meluahkan rasa hati dan menghilangkan tekanan yang diistilahkan sebagai (إسقاط مشاعر من خلال ابيات شعرية) mahupun sebagai senjata lisan dalam peperangan.Sangat indah bahasa itu.Maha suci Allah menjadikan manusia dengan akal fikiran dan bahasa yang boleh diolah, sebagai senjata mahupun perisai juga untuk dinikmati keindahan serta keunikannya yang sangat subjektif....

Lantaran, ku bermohon padamu ya Allah agar kau kurniakan  hikmah dan bijaksana dalam mengatur langkah hidupku, aku lebih mengenalimu dengan kata-katamu, dengan kata-katamu jua aku jadikan panduan hidupku.Maha suci kau yang menjadikan kami sempurna, maka dengan kesempurnaan ini akan kami gunakan untuk jalanmu..Semoga keberkatan dan peringatan kata-katamu sentiasa dihayati dalam segenap tujuanku di hatiku.

No comments:

Post a Comment