Tuesday, April 13, 2010

Hati tersentuh bila terdengar lagu arab....

Sedang duduk membilik fail-fail atas meja, hatiku tersentak seketika apabila mendengar lagu arab di radio rasmi usim.Hatiku berbicara kecil, kemungkinan orang yang memainkan lagu ini sekadar kerana rentak iramanya dari padang pasir, tapi tidak memahami maknanya.Radio usim sentiasa memainkan lagu berwadahkan nasihat dan nasyid, namun lagu arab yang dimainkan ini menjadi tanda tanya kerana maknanya mengisahkan kerinduan seseorang yang tengah asyik bercinta.Mungkin dengan lagu arab ini dapat mewujudkan suasana bahasa arab di usim kot..hatiku berbicara lagi..

Hatiku makin tersentuh bila perasaan dan jiwa semasa keberadaanku di bumi Jordan meresap masuk dalam diriku..Kat sana gi mana-mana mesti ada jer ada lagu-lagu arab yang dimainkan..sehinggakan dari tak suka dengan irama padang pasir boleh bertukar jadi suka..Lagi la pula kalau dihayati makna-maknanya yang sangat mengasyikan..memang boleh mencairkan hati yang mendengar.Betapa hebatnya bahasa arab ini dengan ayat yang ringkas sahaja tapi dapat memberi makna yanag jelas dan tepat bersesuaian dengan syiar mereka ( خير الكلام ما دلّ وقلّ )

Kelmarin aku didatangi seorang pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam dalam bahasa arab dan bertanya kepadaku bagaimana nak menguasai bahasa pasar ye ustaz?Aku pun rasa pelik, untuk apa dia nak menguasai bahasa pasar sedangakan bahasa standart ataupun fusha yang akan digunakan di Malaysia ini.

Aku termenung seketika, dan aku pun tak pernah terpikir bagaimana nak kuasai bahasa pasar.Tapi semasa di Jordan dulu, aku amat gemar mendengar lagu-lagu arab dan hasilnya dapat serba sedikit aku memahami dan mempelajari bahasa pasar selain memerlukan kepada banyak muamalah dengan arab.

Pernah satu ketika juga aku dinasihati kawan arabku bahawa cara aku mempelajari bahasa arab dengan mendengar lagu adalah cara yang salah dan tidak syar'i.Aku ambil maklum tegurannya, lantaran aku mengurangkan mendengar lagu arab memandangkan ilmu itu suci maka untuk mendapatkannya pun perlukan kepada cara yang betul dan suci.

Aku ambil maklum semua perkara ini, namun otakku sentiasa berfikir betapa bestnya kalau kita boleh kuasai bahasa arab dan menjiwainya.Tiada bahasa yang setanding dengan bahasa arab dalam dunia ni.Satu bahasa yang mukjizat yang memerlukan kepada pengamatan untuk merasai kemukjizatannya.

Friday, April 9, 2010

Adat Bersahabat...

Setiap pertemuan...pasti ada perpisahan..itulah ungkapan yang selalu diperkatakan tatkala berpisah.Bila kita berada di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama, pasti di keliling kita ada orang-orang tertentu yang kita senang bersamanya.Saling bantu membantu, nasihat menasihati, kesusahan dikongsi bersama dan mereka itulah sahabat kita.Namun sayangnya..bila berpisah sementara, kebanyakan di kalangan kita lupa antara satu sama lain..lupa dengan kenangan-kenangan yang ada dan yang paling teruk sekali, lupa dengan jasa baik sahabat-sahabat kita...Sangat menyedihkan pekara ni..

Orang juga berkata, secantik dan best manapun sesuatu tempat yang kita duduk, namun tanpa kawan dan sahabat tidak bermakna semua itu.tanpa kawan mahupun sahabat, seolah-olah tiada kekuatan...tiada life dan hidup penuh kehambaran....Pengalaman setelah menamatkan pengajian, bekerja tanpa sahabat-sahabat di sisi, sangat mengajarku erti sebuah persahabatan.Betapa hidup ini penuh dengan kekosongan..sangat tabah hadapi keadaan ini, membuatkan diri merindui kenangan-kenangan bersama sahabat di sekolah dan universiti..

Dua tahun sudah berlalu peristiwa ini, kenangan yang paling pahit dalam hidup adalah hidup tanpa sahabat.Segala kesulitan dan kesedihan dihadapi seorang diri....perkataan tabah selalu terngiang-ngiang di telingaku sejak di Jordan lagi..rupanya untuk tabah itu memerlukan sesuatu kekuatan, kecekalan dan motivasi yang tinggi.

Kita mungkin selalu mengingati sahabat kita, tp itulah adat persahabatan, sebaliknya sahabat kita mungkin tidak mengingati kita lagi. Jangan bersedih !!! Kenangan tetap kenangan..Tidak semestinya mengingti itu dengan berhubung selalu..tetapi lebih mulia dengan ingatan doa  kesejahteraan untuk sahabat kita.

Untuk sahabat-sahabatku, terima kasih atas segala kenangan pahit dan manis yang dilalui bersama.Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi perlindungan dalam kehidupan kalian.Semoga persahabtan kita mendapat keberkatan dan berkekalan hingga selamanya...

Antara sahabat-sahabat baik ku.....

Di Sekolah Men Tun Perak Muar Johor




 Muhammad Faizzuddeen



 Muhammad Falahudeen









 Ipart








Rahmat









Ezwa Fahmey




Di Universiti Al albayt Jordan




Dari kiri : udin, azhan, aus, afis, abg arir n aku







Dari kiri : dol, sufi, zharif n aku





Anis dan Muzamir









Yasir aku dan sufi