Tuesday, April 13, 2010

Hati tersentuh bila terdengar lagu arab....

Sedang duduk membilik fail-fail atas meja, hatiku tersentak seketika apabila mendengar lagu arab di radio rasmi usim.Hatiku berbicara kecil, kemungkinan orang yang memainkan lagu ini sekadar kerana rentak iramanya dari padang pasir, tapi tidak memahami maknanya.Radio usim sentiasa memainkan lagu berwadahkan nasihat dan nasyid, namun lagu arab yang dimainkan ini menjadi tanda tanya kerana maknanya mengisahkan kerinduan seseorang yang tengah asyik bercinta.Mungkin dengan lagu arab ini dapat mewujudkan suasana bahasa arab di usim kot..hatiku berbicara lagi..

Hatiku makin tersentuh bila perasaan dan jiwa semasa keberadaanku di bumi Jordan meresap masuk dalam diriku..Kat sana gi mana-mana mesti ada jer ada lagu-lagu arab yang dimainkan..sehinggakan dari tak suka dengan irama padang pasir boleh bertukar jadi suka..Lagi la pula kalau dihayati makna-maknanya yang sangat mengasyikan..memang boleh mencairkan hati yang mendengar.Betapa hebatnya bahasa arab ini dengan ayat yang ringkas sahaja tapi dapat memberi makna yanag jelas dan tepat bersesuaian dengan syiar mereka ( خير الكلام ما دلّ وقلّ )

Kelmarin aku didatangi seorang pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam dalam bahasa arab dan bertanya kepadaku bagaimana nak menguasai bahasa pasar ye ustaz?Aku pun rasa pelik, untuk apa dia nak menguasai bahasa pasar sedangakan bahasa standart ataupun fusha yang akan digunakan di Malaysia ini.

Aku termenung seketika, dan aku pun tak pernah terpikir bagaimana nak kuasai bahasa pasar.Tapi semasa di Jordan dulu, aku amat gemar mendengar lagu-lagu arab dan hasilnya dapat serba sedikit aku memahami dan mempelajari bahasa pasar selain memerlukan kepada banyak muamalah dengan arab.

Pernah satu ketika juga aku dinasihati kawan arabku bahawa cara aku mempelajari bahasa arab dengan mendengar lagu adalah cara yang salah dan tidak syar'i.Aku ambil maklum tegurannya, lantaran aku mengurangkan mendengar lagu arab memandangkan ilmu itu suci maka untuk mendapatkannya pun perlukan kepada cara yang betul dan suci.

Aku ambil maklum semua perkara ini, namun otakku sentiasa berfikir betapa bestnya kalau kita boleh kuasai bahasa arab dan menjiwainya.Tiada bahasa yang setanding dengan bahasa arab dalam dunia ni.Satu bahasa yang mukjizat yang memerlukan kepada pengamatan untuk merasai kemukjizatannya.

No comments:

Post a Comment